Basic Vegetable Fritters
  Rahsia Rasa…..MM Vitaoils
  AROMA SELEBRITI
  SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
    Sotong Madu 3 Marvelloso
    Acar Buah-Buahan Serimas
    Piza Udang
    Ikan Rangup Sos Limau
    Karipap Putar Blossommm
    Begedil Serimas & Jus Nagasari
  SERIMAS SELERA DUNIA
  SELERA RAMADAN bersama MM Vitaoils (Season2)
   
 
   
  Bahan-bahan
  40 gm Qualitaste Shortening
40 gm Marjerin Rise & Shine
400 gm tepung protein tinggi
80 gm gula pasir
1 sudu teh garam
2 sudu teh yis
2 sudu teh susu tepung
2 sudu besar minyak Serimas
Sebiji telur
Sedikit air ais
   
  Cara Menyediakan Doh
 
1. Campurkan tepung, gula, yis, telur, Qualitaste
Shortening dan susu tepung. Kemudian putar selama
3 minit sebelum campurkan dengan air ais dan putar lagi.
2. Masukkan minyak Serimas dan putar lagi selama
10 minit.
3. Uli tepung sehingga lembut dan bulat-bulatkan seberat
100 gm setiap ketul.
4. Ketepikan selama 10 minit.
5. Leperkan doh dan masukkan ke dalam dulang yang
telah disapu dengan marjerin Blossommm.
   
  Bahan-bahan untuk Inti Piza
  3 sudu besar marjerin Blossommm
100 gm isi udang
200 gm campuran sayur
100 gm keju parut
2 biji tomato merah
1/2 biji lada benggala
Sedikit Oregano
Mayonis
Cendawan butang
Tomato sos
   
  Cara Menyediakan Inti Piza
 
1. Sapu marjerin Blossommm pada doh piza dan cucukkan
doh dengan garpu.
2. Sapukan sos tomato di atas doh.
3. Letakkan sayur-sayuran yang dicampur dengan mayonis
dan ratakan.
4. Letakkan udang, tomato yang dipotong, cendawan butang,
lada benggala dan keju yang sudah diparut.
5. Akhir sekali letakkan sedikit oregano dan masukkan ke
ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu
180 darjah celcius. Bakar selama kira-kira 15 minit.