Basic Vegetable Fritters
  Rahsia Rasa…..MM Vitaoils
  AROMA SELEBRITI
  SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
    Sotong Madu 3 Marvelloso
    Acar Buah-Buahan Serimas
    Piza Udang
    Ikan Rangup Sos Limau
    Karipap Putar Blossommm
    Begedil Serimas & Jus Nagasari
  SERIMAS SELERA DUNIA
  SELERA RAMADAN bersama MM Vitaoils (Season2)
   
 
   
  Bahan-bahan Untuk Membuat Inti
  200 gm daging cincang
1 sudu besar rempah kari daging (dicampur air)
1 sudu besar minyak Serimas
1 sudu besar gula
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
   
  Cara Menyediakan Inti
 
1. Panaskan minyak Serimas.
2. Tumis bawang dan masukkan rempah kari daging yang telah dicampur dengan air.
3. Masukkan daging cincang dan sedikit air.
4. Bila hampir kering, masukkan garam, sedikit gula dan tepung gandum.
5. Setelah masak, biarkan sejuk.
   
  Bahan-bahan Untuk Pastri Karipap
  Bahan A
2 cawan tepung gandum
¼ cawan minyak Serimas
1/2 sudu teh garam
Air ais
 
Bahan B
70-110 gm marjerin Blossommm
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
Air ais
   
  Cara Membuat Pastri Karipap
 
1. Gaulkan Bahan A sebati dan ketepikan.
2. Gaulkan Bahan B sebati dan ketepikan.
3. Bulatkan adunan A dan adunan B.
4. Bungkus adunan A dalam adunan B dan potong.
5. Canai memanjang dan gulung.
6. Canai lagi memanjang dan gulung kemas.
7. Potong kepada 3 bahagian dan canai bulat.
8. Letak inti dan kelim dihujung.
9. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.