Basic Vegetable Fritters
  Rahsia Rasa…..MM Vitaoils
  AROMA SELEBRITI
  SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
    Sotong Madu 3 Marvelloso
    Acar Buah-Buahan Serimas
    Piza Udang
    Ikan Rangup Sos Limau
    Karipap Putar Blossommm
    Begedil Serimas & Jus Nagasari
  SERIMAS SELERA DUNIA
  SELERA RAMADAN bersama MM Vitaoils (Season2)
   
 
   
  Bahan-bahan Untuk Membuat Inti
  Minyak Serimas untuk menggoreng
30 gm udang kering (direndam & tumbuk)
2 keping tauhu (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk ubi kentang (campur dengan air)
1 sudu besar tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1 biji kuning telur untuk dicampur dengan kentang
Daun saderi/ daun bawang
Sedikit lada sulah
Sedikit cili kering - digunting halus
Garam secukup rasa
   
  Cara Membuat Begedil
 
1. Tumbuk tauhu hingga lumat.
2. Campurkan serbuk kentang dengan air dan kacau.
3. Campurkan udang kering, kentang dan tauhu.
4. Masukkan tepung gandum, telur, lada sulah, daun saderi dan cili kering.
5. Panaskan minyak Serimas.
6. Pukul telur sedikit.
7. Bulat-bulatkan adunan begedil, celup ke dalam telur dan goreng hingga kekuning-kuningan.
   
  Bahan-bahan Jus Nagasari
  2 biji buah nagasari
¼ cawan gula
1 1/2 cawan air strawberi / soda
Aiskrim dan kiub ais
   
  Cara Membuat Jus Nagasari
 
1. Buah nagasari dipotong bahagian atas.
2. Korek isi buah kecil-kecilan dan masukkan ke dalam bekas.
3. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan air strawberi dan letakkan kiub ais dan aiskrim.
5. Hidang dalam buah nagasari yang dikosongkan atau gelas.