Basic Vegetable Fritters
  Rahsia Rasa…..MM Vitaoils
  AROMA SELEBRITI
  SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
  SERIMAS SELERA DUNIA
    Ayam Bercili Masak Ketumbar
    Ayam Goreng Cenderawasih
    Ayam Kapitan
    Daging Masak Hitam
    Kari Kepala Ikan Merah Bersama Terung
    Kerabu Sotong Kering
    Kerabu Taugeh Bersantan
    Ketam Goreng Cili Berjintan
    Kuih Belimbing Goreng Bercoklat
    Masak Rawit Telur Puyuh Dengan Limau Kasturi
    Rendang Rembau
    Sotong Masak Hitam
    Udang Goreng Serimas
  SELERA RAMADAN bersama MM Vitaoils (Season2)
   
  Bahan-bahan
  1 ekor ayam – dipotong 12 ketul
20 ulas bawang merah – dimayang halus
½ cawan minyak masak Serimas
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa
 
Bahan Kisar
2 biji bawang besar - dimayang
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
12 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai
3 sudu besar cili boh
   
  Cara membuatnya
 
1. Panaskan minyak masak Serimas.  Tumiskan bawang merah yang dimayang hingga garing kekuningan dan ketepikan
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
3. Masukkan ketulan ayam dan masak selama 3-5 minit atau hingga sebati.
4. Masukkan santan cair, garam, gula dan didihkan sehingga ayam empuk.
5. Tuangkan pati santan pekat dan masak lagi hingga pekat.
6. Hiaskan dengan bawang goreng dan hidangkan bersama nasi putih atau roti jala.