Basic Vegetable Fritters
  Rahsia Rasa…..MM Vitaoils
    Chilli Crab
    Daging Masak Bombay
    Penne Pasta (Farfalle) with Savoury Ratatouille
    Stir-fried Scallops & Asparagus Teriyaki
    Seafood and Vegetable Tempura
  AROMA SELEBRITI
  SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
  SERIMAS SELERA DUNIA
  SELERA RAMADAN bersama MM Vitaoils (Season2)
Daging Masak Bombay
 
  Bahan-bahannya (untuk 10 orang)
  1kg daging lembu – dipotong dadu
½kg tomato – dikisar
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih } dikisar halus
2 biji bawang besar }
2 inci halia }
1 biji bawang besar – dimayang nipis
10 ulas bawang merah – dibuat bawang goreng
Garam secukup rasa
1 ikat daun pudina
½ biji santan pekat
1 biji tomato untuk hiasan
Minyak masak sawit SeriMas untuk menumis
   
  Cara membuatnya
 
1. Panaskan minyak masak sawit SeriMas & tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, santan pekat, garam dan kacau hingga sebati. Masak selama 10 minit atau sehingga daging empuk dan kuahnya menjadi pekat.
3. Masukkan bawang besar yang dimayang, daun pudina, dan dikacau rata.
4. Taburkan bawang goreng dan gaulkan sebati sebelum diangkat.
5. Hiaskan dengan daun pudina dan hirisan tomato